Lokasi tempat istimewa Al Haram Al Sharif Al_Haram_Al_Sharif

Kepentingan Masjdil Aqsa di dalam Islam dapat ditunjukkan melalui struktur-struktur lain yang mengelilingi Qubbat As-Sakhrah dan Masjid Al Aqsa. Pembinaan struktur-struktur ini mengindahkan lagi kawasan Al Haram Al Sharif.

Muzium Islam

Laman Muzium Islam Baitulmuqaddis.

Koleksi Al Quran yang lengkap dan seramik Islam. Di samping itu koleksi duit syiling dan tembikar bersama-sama senapang, pedang dan pisau di muzium tertua di Baitulmuqaddis ini.

Pintu-pintu di Al Haram Al Sharif

  1. Bab al-Maghribah- Pintu ini menuju ke penempatan orang Maghribi. Kawasan ini dimusnahkan oleh Israel pada tahun 1967 dan penduduknya menjadi pelarian. Kawasan ini sekarang hanya boleh diakses oleh orang Yahudi yang mana sekarang mereka membina sebuah plaza.
  2. Bab al-Silsilah.
  3. Bab as-Salaam
  4. Bab al-Matarah
  5. Bab al-Qattanin
  6. Bab al-Hadid
  7. Bab al-Nazer- Pintu majlis. Pihak Awqaf yang menguruskan Al Haram Al Sharif mempunyai sebuah pejabat di luar pintu ini.
  8. Bab al-Atim
  9. Bab al-Hittah
  10. Bab al-Asbat
  11. Bab al-Zahabi- Imam al Ghazali dikatakan mengajar di perkarangan pintu ini. Masyarakat Kristian percaya bahawa Nabi Isa a.s. akan kembali ke dunia melalui pintu ini.
  12. Bab al-Rahman
  13. Bab at-Taubat

(*Nota: Bab ialah pintu atau pagar dalam Bahasa Arab.)

Al Mussallah al Marwani

Hanya di sebelah bawah di sebelah tenggara Al Haram Al Sharif terdapatnya sebuah kawasan yang disangka sebagai Solomon's Stables (kandang kuda Nabi Sulaiman a.s.). Ia sebenarnya ialah sebuah bangunan Umayyah pada kurun ke 8M.

Masjid Al-Aqsa

Sebuah masjid kayu pada asalnya dibina di sini oleh Saidina Umar Al-Khatab, kahlifah kedua Islam pada tahun 638M. Selepas pembinaan Qubbat As-Sakhrah, Khalifah Abdul Malik ibni Marwan mengarahkan supaya dibina sebuah masjid bagi mengantikan masjid yang sedia ada. Anaknya Al Walid ibni Abdul Malik menyiapkan pembinaan masjid ini semasa pemerintahannya pada 705M. Masjid ini harus tidak dikelirukan dengan keseluruhan kawasan ini yang juga dikenali sebagai Masjid Al-Aqsa Al Haram Al Sharif. Setiap inci kawasan ini amat suci dan tidak boleh dirundingkan.

Qubbat al-Silsilah

Di sebelah timur Qubbat As-Sakhrah, Qubbat al-Silsilah dibina oleh Abdul Malik ibni Marwan dan menandakan tengah Al Haram Al Sharif.

Qubbat an-Nabawi

Kubah yang dibina untuk memuji Nabi Muhammad s.a.w.. Dibaiki pada tahun 1620 oleh Farruk Bey, Gabenor Baitulmuqaddis.

Qubbat al-Mikraj

Dibina untuk mengingati peristiwa Nabi Muhammad s.a.w. naik ke langit untuk menerima perintah solat.

Qubbat al-Khalili

Sebuah bangunan kurun ke-18 khas untuk Sheikh Muhammad al Khalili.

Qubbat al-Nahawiah

Dibina pada tahun 1207 masihi oleh Amir Hassan ad-Din sebagai sebuah sekolah kesusasteraan.

Minbar Burhan ad-Din

Pada asalnya dibina pada kurun ke-7. Dinamakan sempena nama Qadi Baitulmuqaddis.